KEBERKESANAN PENGGUNAAN
MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTAJUK ” SEXUAL REPRODUCTIVE
SYSTEM OF FLOWERING PLANTS ”
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BAB
1: MASALAH KAJIAN
1.1
Pengenalan 1
- 3
1.2
Latarbelakang Kajian 3
1.3
Penyataan Masalah 4
- 5
1.4
Kerangka Konseptual 6
1.5
Tujuan Kajian 6
- 7
1.5.1
Objektif Kajian 7
1.5.2
Persoalan Kajian 8
1.5.3
Hipotesis Kajian 8
1.6 Signifikan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Ringkasan 10
BAB
2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Literatur Berkaitan 11
- 12
2.3 Tinjauan Kajian Lepas 12
2.4 Ringkasan 13
BAB
3 : METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 14
3.2 Rekabentuk Kajian 14
- 15
3.3 Sampel Kajian 15
3.4 Alat Kajian 16
3.5 Pengumpulan Data 16
3.5.1 Borang Maklumat Pelajar 16
- 17
3.5.2 Ujian Pra dan Pos 17
- 18
3.6 Analisis Data 18
- 19
3.7 Ringkasan 19
- 20
RUJUKAN
LAMPIRAN
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERTAJUK ” SEXUAL REPRODUCTIVE OF FLOWERING PLANTS
Abstrak
Sebagaimana yang kita tahu gaya pembelajaran bagi pelajar
adalah berbeza. Ada individu yang belajar
dengan visual yang banyak, ada pula yang belajar dengan lebih efektif
dengan mendengar, ada kumpulan pelajar yang belajar dengan cara menyentuh dan
bergerak, ada yang suka bersendirian
dan ada individu yang suka belajar
secara teks sahaja.
Pengajaran secara
tradisional iaitu menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ tidak dapat mengatasi
masalah gaya pembelajaran yang berbeza begini. Selain daripada itu ia tidak
dapat menarik minat pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah
sangat kurang. Menurut Fiscke (1992) ’Teacher talk
violets everything we know about how students learn and the diversity of
learning styles’.
Jadi, dengan pengajaran menggunakan multimedia maka masalah ini tidak akan
timbul kerana penggunaan multimedia merangkumi semua elemen grafik, teks,
visual dan audio. Pelajar pula berpeluang memainkan peranan aktif dalam menentukan corak dan kadar
pembelajaran mereka.
Bagi
mengenalpasti sejauh manakah penggunaan multimedia ini memberi kesan yang baik
dalam pengajaran dan pembelajaran dan dapat membantu pelajar meneroka proses
pembiakan ini berlaku dalam subtopik ‘sexual reproductive system of flowering
plants’, maka satu kajian
yang terperinci akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 2. Pengkaji
telah memutuskan untuk menggunakan ‘notebook’ dan LCD untuk mengatasi
permasalahan ini.
Metadologi kajian yang dijalankan adalah secara
quasi-eksperimen. Pengkaji membuat pemilihan subjek ke dalam kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran. Kedua-dua
kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia
ada di dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.
Kajian melibatkan 60 orang pelajar berlainan jantina
dimana 30 orang pelajar bertindak sebagai kumpulan eksperimen manakala satu
kumpulan 30 orang lagi bertindak
sebagai kumpulan kawalan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
SPSS versi 10.0
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.1
Pengenalan
Mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran
yang mencabar dan sangat menarik bagi mereka yang dapat menguasainya dengan
baik. Penguasaan pelajar secara maksimum dalam proses pembelajaran perlu
dibantu dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang baik. Penggunaan
multimedia adalah merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk melihat
sejauhmana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah alat komunikasi yang dapat
menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan lisan atau
bertulis sahaja.
Menurut Fox (1991) ’Multimedia is
commonly defined as the combination of text, graphics, audio, video and
animation on a computer’. Dalam konteks pendidikan satu definisi multimedia
yang boleh digunakan adalah definisi yang diberikan oleh Edgar (1972), iaitu
‘Multimedia is the integration of audio, graphics, animation and text using the
notebook as a control and presentation
platform so as to enhance significantly the learning and information
environment’.
Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) yang dibuat oleh pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia
mendapati sebilangan besar guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya
pengajaran sehala “chalk and talk”. Kenyataan ini disokong oleh Jemaah Nazir
Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama
mereka sebagai pengajar. Sementara itu guru-guru masih membahaskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997). Dengan
memberi fokus kepada peperiksaan semata-mata akan menjadi suatu pengajaran itu
kurang menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh.
Pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar
dan persekitaran. Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi
mewujudkan pengalaman yang pelbagai dan menyeluruh untuk terjadinya
pembelajaran yang berkesan.
Dalam pembelajaran individu Wan Zahid
(1993) mengesyorkan agar para guru, pelajar dan ibubapa memahami gaya
pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang
pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan
keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan
yang teliti dan sistematik amat diperlukan memandangkan gaya pembelajaran
individu merupakan satu aspek yang penting dalam pendidikan masa kini dan akan
datang.
Kajian ini dijalankan untuk melihat
sejauh mana keberkesanan penggunaan multimedia (notebook dan LCD) dapat membantu pelajar memahami konsep dalam topik ‘sexual reproductive
system of flowering plants’ .
1.2 Latarbelakang Kajian
Sebagaimana yang
kita tahu gaya pembelajaran bagi pelajar adalah berbeza. Ada individu yang
belajar dengan visual yang banyak, ada
pula yang belajar dengan lebih efektif dengan mendengar, ada kumpulan pelajar
yang belajar dengan cara menyentuh dan bergerak, ada yang suka bersendirian dan
ada individu yang suka belajar secara teks sahaja.
Pengajaran secara tradisional iaitu
menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ tidak dapat mengatasi masalah gaya
pembelajaran yang berbeza. Selain daripada itu ia tidak dapat menarik minat
pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah sangat kurang. Menurut Fiscke (1992) ’Teacher talk
violets everything we know about how students learn and the diversity of
learning styles’.
Jadi, dengan pengajaran menggunakan multimedia maka masalah ini tidak akan timbul kerana penggunaan
multimedia merangkumi semua elemen grafik, teks, visual dan audio. Pelajar pula
berpeluang memainkan peranan aktif
dalam menentukan corak dan kadar pembelajaran mereka.
1.3 Penyataan Masalah
Pelajar beranggapan
bahawa mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang sukar. Kesukaran ini bertambah apabila
matapelajaran sains kini diajar dalam
Bahasa Inggeris. Apabila tanggapan ini
timbul, maka guru perlu mengambil langkah awal mengatasi masalah tersebut. Ini
adalah penting kerana tanggapan negatif inilah yang akan menyebabkan
matapelajaran kurang diminati.
Kajian-kajian lepas
telah mencadangkan beberapa punca kelemahan pelajar dalam mata pelajaran sains
iaitu kegagalan pelajar untuk memahami konsep asas sains, kurangnya alat bantu
mengajar dan konsep sains yang sangat abstrak. Robert Heinich et.al. (1996)
menyatakan berbagai kaedah pengajaran boleh disusun mengikut hierarki yang
bermula dengan situasi abstrak dan membawa ke situasi konkrit. Beliau telah
mengutarakan semula konsep ”Kun Pengalaman” dalam membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Alat bantu mengajar
(situasi konkrit) yang digunakan boleh menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar
bagi memahami konsep sains dan boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan bermakna kerana kebanyakan pelajar adalah berbeza dari segi
kebolehan, keperluan dan minat. Oleh itu kaedah pengajaran boleh diubahsuaikan
mengikut kriteria ini.
Secara umumnya
pelajar sukar untuk memahami bagaimana proses pembiakan seks berlaku pada
tumbuh-tumbuhan. Ini kerana struktur penting untuk menjalankan proses ini
berlaku di dalam bahagian dalam bunga. Walaupun sebelum ini mereka telah pun
mengetahui bagaimana proses pembiakan seks bagi manusia dan haiwan. Kebanyakkan
pelajar hanya tahu bahawa tumbuh-tumbuhan hanya dapat dibiakkan melalui biji,
keratan batang, tunas daun dan umbisi sahaja. Mereka tidak tahu bagaimana pula
biji dalam buah itu dihasilkan. Pembelajaran secara lisan dan abstrak sangat
menyukarkan mereka untuk menggambarkan
bagaimana proses pembiakan seks tumbuhan berlaku. Apabila konsep penerangan
guru tidak dapat diterima dengan jelas oleh pelajar, maka mereka akan merasa
bosan dan keliru. Jika fenomena ini berlaku maka minat dan keseronokan pelajar
pada matapelajaran sains akan menurun. Akibatya, gejala lain akan timbul seperti ponteng kelas, membuat bising dan
hilang tumpuan semasa guru mengajar serta gagal menyelesaikan kerja-kerja yang
diberi oleh guru.
Bagi mengenalpasti
sejauh manakah penggunaan multimedia ini memberi kesan yang baik dalam
pengajaran dan pembelajaran dan dapat membantu pelajar meneroka proses
pembiakan ini berlaku dalam subtopik ‘sexual reproductive system of flowering
plants’,
maka satu kajian
yang terperinci akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 2. Pengkaji
telah memutuskan untuk menggunakan ‘notebook’ dan LCD untuk mengatasi
permasalahan ini.
1.4 Kerangka
Konseptual

1.5
Tujuan
Kajian
Kajian ini bertujuan
untuk meninjau keberkesanan penggunaan multimedia berbanding dengan pengajaran
yang menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran matapelajaran sains
yang bertajuk ‘sexual reproductive system of flowering plants’ di Sekolah
Menengah Kebangsaan Langgar. Ini kerana pedagogi yang berkonsepkan ‘chalk and
talk’ didapati kurang berkesan pada semua situasi pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.
Justeru itu bahan
pengajaran dan pembelajaran berbentuk multimedia dijadikan sebagai salah satu
teknologi pengajaran yang mengintegrasikan kesemua atribut teknologi pendidikan
yang dapat mengatasi batasan-batasan yang terdapat dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran tradisional. (Kappe et al 1993).
1.5.1
Objektif
Kajian
Kajian ini
secara terperincinya ingin mencapai objektif
berikut:
(a) Untuk
mengkaji sama ada terdapat perbezaan pada min skor dalam ujian pra bagi tajuk
‘sexual reproductive system of flowering plants’ antara kumpulan eksperimen
dengan kumpulan kawalan.
(b) Untuk
mengkaji sama ada terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos
bagi tajuk‘sexual reproductive system of flowering plants’ untuk kumpulan
kawalan.
(c) Untuk
mengkaji sama ada terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos
bagi tajuk‘sexual reproductive system of flowering plants’ untuk kumpulan
eksperimen.
(d) Untuk
mengkaji sama ada terdapat perbezaan min skor dalam ujian pos bagi tajuk‘sexual
reproductive system of flowering plants’ antara kumpulan kawalan dengan
kumpulan eksperimen.
1.5.2
Persoalan
Kajian
Untuk
mencapai tujuan dan objektif kajian ini, persoalan kajian seperti berikut
diformulasikan:
(a) Adakah
terdapat perbezaan pada min skor dalam ujian pra bagi tajuk ‘sexual
reproductive system of flowering plants’ antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan?
(b) Adakah
terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk
‘sexual reproductive system of flowering plants’ untuk kumpulan kawalan?
(c) Adakah
terdapat perbezaan min skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk
‘sexual reproductive system of flowering plants’ untuk kumpulan eksperimen?
(d) Adakah
terdapat perbezaan min skor dalam ujian pos bagi tajuk ‘sexual reproductive
system of flowering plants’ antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen?
1.5.3
Hipotesis
Kajian
Dalam kajian
ini terdapat beberapa hipotesis null yang ingin dikaji:
Hipotesis (H01) - Tidak
terdapat perbezaan pada min skor dalam ujian pra bagi tajuk ‘sexual
reproductive system of flowering plants’ antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan.
Hipotesis (H02) – Tidak terdapat perbezaan min skor di antara
ujian pra dan ujian pos bagi tajuk ‘sexual reproductive system of flowering
plants’ untuk kumpulan kawalan.
Hipotesis (H03)
- Tidak terdapat perbezaan min skor
di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk ‘sexual reproductive system
of flowering plants’untuk kumpulan eksperimen.
Hipotesis (H04)
- Tidak terdapat perbezaan min skor
dalam ujian pos bagi tajuk ‘sexual
reproductive system of flowering
plants’ bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
1.6 Signifikan
Kajian
Hasil kajian ini
sangat penting kepada guru sains, pelajar dan penggubal kurikulum. Antaranya:
Kajian ini membolehkan guru mengenalpasti kebolehan pelajar memahami konsep
‘sexual reproductive system of flowering plants’ dengan penggunaan multimedia
dapat membantu pelajar dan mendorong minat mereka terhadap matapelajaran sains
serta melihat sejauh mana keberkesanan multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai
batasan seperti berikut:
Kajian ini
menggunakan bilangan responden yang sedikit
dan terbatas kepada sekolah ini sahaja. Mereka bukan merupakan sampel
perwakilan sebenar untuk satu kawasan. Oleh itu hasil dapatan kajian ini tidak
dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar Tingkatan 2. Populasi ialah
pelajar-pelajar tingkatan 2 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar. Sampel
adalah dihadkan kepada dua kelas sahaja.
1.8 Definisi
Istilah
(i)
Notebook
Komputer riba yang mudah alih dan boleh diletakkan di
atas riba (Cashman,2005).
(ii)
LCD
LCD adalah
singkatan bagi Liquid Crystal Display.
(iii)
Konsep
Pengertian
dan pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu.
(iv)
Pembiakan seks
Percantuman
di antara gamet jantan dan gamet betina di dalam ovary.
1.9
Ringkasan
Bab ini menghuraikan
rasional objektif, hipotesis dan kepentingan kajian. Kajian melibatkan
keberkesanan penggunaan multimedia dapat membantu pelajar memahami tajuk
‘sexual reproductive system of flowering plants’. Seperti mana yang kita tahu
pelajar dapat mengingat dengan lebih berkesan melalui apa yang dilihat,
didengar dan apa yang dituturkan. Rasional pengkaji adalah untuk merealisasikan
bahawa penggunaan multimedia dapat memberi kesan sebanyak 80% daya ingatan
pelajar.
BAB 2
TINJAUAN
LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini ianya menghubungkaitkan
di antara kajian lampau dan kajian yang
akan dijalankan tentang pentingnya penggunaan bahan multimedia membantu pelajar
memahami tajuk ‘sexual reproductive system of
flowering plants’. Bab ini akan membincangkan tentang tinjauan literature
dan kajian berkaitan. Bab ini juga
memberi tumpuan kepada tinjauan pendidikan yang berkaitan tentang
penggunaan multimedia yang djalankan oleh penyelidik yang berpengalaman.
Terdapat kajian terdahulu yang khusus mengenai penggunaan multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaraan. Pengkaji memberi
penumpuan kepada penggunaan notebook dan LCD dalam pengajarannya.
2.2 Literatur Berkaitan
Grabe (1998) dalam kajiannya menyatakan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui bahan
multimedia dengan kombinasi teks, grafik, sudio, video dan animasi mampu
meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar yang berbeza stail pembelajaran
pelajar.
Menurut Ginder (1999), apabila kita
mengajar dengan melibatkan deria penglihatan, pendengaran, pergerakan dan
sentuhan pelajar, seluruh kelas dapat menerima maklumat melalui salah satu atau
lebih saluran komunikasi. Pendekatan berbagai deria penerima ini dapat memaksa
pelajar menggunakan keupayaan deria mereka.
2.3 Tinjauan Kajian Lepas
Gladwin et al (1990) telah mencirikan
beberapa kebaikan-kebaikan yang menggunakan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu:
2.3.1 Konsep boleh
dijelaskan dengan lebih berkesan dengan adanya paparan grafik.
2.3.2 Teknik
animasi memberi kesan aktif kepada pengajaran dimana tidak diperolehi dengan
menggunakan bahan pengajaran yang kaku.
2.3.3 Sesetengah
situasi dapat diterangkan lebih jelas dengan adanya teks.
2.3.4 Penggunaan
multimedia membolehkan pelajar mempelajari mengikut kebolehan mereka.
2.4 Ringkasan
Kajian literatur menunjukkan bahawa
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains adalah memerlukan penggunaan
multimedia bagi membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ini kerana multimedia
berupaya merangsang minda dan minat pelajar untuk memahami sesuatu konsep yang
abstrak kepada bentuk yang lebih konkrit. Penggunaan multimedia adalah
merupakan gabungan multimedia yang dicadangkan bagi mengatasi masalah pelajar
kurang minat terhadap pelajaran sains dan pelajar gagal mendapat maklumat dari
guru jika ia disampaikan secara lisan.
BAB
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan bagaimana
kajian ini dijalankan. Penerangan yang lebih mendalam adalah merangkumi aspek
reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan
data dan analisis data kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Metodologi kajian yang dijalankan adalah
secara quasi-eksperimen. Pengkaji membuat pemilihan subjek ke dalam kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran.
Kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada pelajar-pelajar
yang sedia ada di dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
Kajian melibatkan 60 orang pelajar
berlainan jantina dimana 30 orang pelajar bertindak sebagai kumpulan eksperimen
manakala satu kumpulan 30 orang lagi
bertindak sebagai kumpulan kawalan.
Untuk menilai pengetahuan sedia ada
pelajar mengenai tajuk ‘sexual reproductive system of flowering plants’ satu
ujian pra akan dijalankan pada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum
unit ini diajar. Setelah ujian pra dijalankan maka data dikutip dan di analisis
untuk menilai tahap pengetahuan pelajar dalam tajuk ‘sexual reproductive system
of flowering plants’.
Kemudian guru mengaplikasikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan multimedia pada kumpulan eksperimen. Bagi kumpulan kawalan
pula kaedah pengajaran dan pembelajaran
adalah tanpa penggunaan multimedia tetapi sebaliknya hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’. Setelah selesai
pengajaran, kedua-dua kumpulan akan
diuji dengan ujian pos. Ini adalah untuk melihat dan mendapat gambaran sejauh
mana keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah multimedia. Data dikutip
dan di analisis.
3.3
Sampel Kajian
Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Alor Star, Kedah. Sampel terdiri 60 orang pelajar tingkatan dua daripada empat kelas keseluruhannya. Dari empat kelas tersebut pengkaji memilih 30 orang pelajar secara rawak untuk menjadi sampel kumpulan eksperimen dan 30 orang pelajar bertindak sebagai kumpulan kawalan dalam kajian ini. Sampel juga terdiri dari jantina berlainan.
Instrumen kajian
yang digunakan terdii daripada dua
ujian yang dijalankan sebelum unit ini diajar dan juga selepas unit ini diajar.
Ujian-ujian ini dikenali sebagai ujian pra dan juga ujian pos. Soalan ujian
yang digunakan, mengandungi dua bahagian:
(a)
Bahagian A – mengandungi maklumat diri responden.
(b)
Bahagian B - mengandungi 30 item soalan yang meliputi
tajuk:-
i.
‘Structure Of
Flowering’.
ii. ‘Pollination’
iii. ‘Developement
of seeds’
3.5
Pengumpulan data
3.5.1
Borang
Maklumat Pelajar
Responden
dihimpunkan pada satu tempat. Satu taklimat ringkas diberi kepada responden apa
tujuan mereka di kumpulkan pada hari itu. Borang maklumat pelajar di edar untuk
diisi oleh pelajar. Borang ini digunakan untuk membantu guru mengenalpasti nama
pelajar
Selain
daripada itu, borang ini juga digunakan untuk mengisi skor yang diperolehi
semasa ujian pra dan ujian pos.
3.5.2
Ujian pra
dan pos
Satu ujian pra akan dijalankan
sebelum pelaksanaan pengajaran dibuat bagi menilai sejauh mana kerangka konsep
dan pengetahuan sedia ada pelajar bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan. Setiap set soalan terdiri dari 30 soalan dimana soalan 1 hingga 15
berbentuk betul dan salah manakala soalan 16 hingga 30 adalah soalan aneka
pilihan. Kertas-kertas soalan dikutip untuk diambil skornya dan di analisis.
Sesi pengajaran dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan setelah selesai menjalani ujian pra. Dua kaedah yang berbeza digunakan
iaitu kumpulan eksperimen di ajar dengan menggunakan kaedah pengajaran
menggunakan multimedia. Pengajaran dengan berbantukan multimedia ini akan
dilaksanakan sehingga tamat subtajuk ‘sexual reproductive system of flowering
plants’.
Manakala kumpulan kawalan pula
akan diajar dengan menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’ dan teori sahaja. Pengajaran
difokuskan kepada pengenalpastian
struktur-struktur bunga, pendebungaan dan persenyawaan di dalam bunga .
Setelah sesi pengajaran tamat dijalankan maka kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan sekali lagi akan
menjalani satu ujian pos. Set soalan ini mengandungi soalan yang sama seperti
ujian pra cuma kedudukan soalan satu hingga soalan lima belas diubah.manakala
soalan enam belas hingga soalan tiga puluh ditetapkan.
|
Ujian |
Nombor Soalan |
|||||||||||||||||||||||||||||
|
Pra |
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 |
23 |
24 |
25 |
26 |
27 |
28 |
29 |
30 |
|
Pos |
5 |
8 |
6 |
2 |
7 |
1 |
3 |
9 |
4 |
13 |
12 |
10 |
15 |
11 |
14 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 |
23 |
24 |
25 |
26 |
27 |
28 |
29 |
30 |
3.6
Analisis
Data
Apabila maklumat
atau data telah diperolehi maka satu
analisis data dilakukan dengan mencari min
skor dan ujian-t dengan menggunakan kaedah perisian SPSS 10.0 untuk
menentukan jika terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor bagi ujian
pra dan pos dari kumpulan eksperimen dan juga min skor ujian bagi kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Dalam bahagian A, data-data adalah terdiri
daripada maklumat diri responden sahaja dan ia tidak perlu dianalisis. Manakala
bahagian B, markah diperolehi apabila responden menanda jawapan yang betul
sahaja. Setiap jawapan yang diberi
diwakili oleh skor-skor seperti dalam
Jadual 3.1 di bawah:
|
Kadar Skor |
Nilai Skor |
|
Jika jawapan yang diberi betul |
1 |
|
Jika jawapan yang diberi salah |
0 |
Dalam kajian ini,
data-data mentah yang diperolehi disusun dan dianalisa. Ujian-t digunakan untuk
melihat sama ada wujud perbezaan pencapaian pelajar di antara ujian pra dan
pos.
3.7
Ringkasan
Kajian ini
menggunakan reka bentuk eksperimen maka terdapat kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra. Kumpulan eksperimen
menjalani proses pembelajaran dengan menggunakan ‘notebook’ dan LCD
(multimedia) manakala kumpulan kawalan menjalani proses pembelajaran dengan
kaedah ‘chalk and talk’. Apabila
proses ini selesai sekali lagi kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pos
secara serentak. Data yang
diperolehi akan diproses dengan bantuan program SPSS 10.0 (Statistical Package for Social Science).
BAB
4
HASIL
KAJIAN
4.1
PENGENALAN
Bab ini akan mengemukakan hasil kajian
daripada analisa data yang diperolehi daripada ujian pencapaian. Ujian
pencapaian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada ujian pra dan pos.
Statistik deskriptif iaitu signifikan, peratusan dan min digunakan bagi
menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian berkaitan pencapaian
pelajar apabila multimedia digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Data yang
diperolehi di analisis dengan menggunakan SPSS versi 10.0 dimana aras
signifikan ditetapkan pada nilai 0.025.
4.2 LATARBELAKANG RESPONDEN
Responden adalah
terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Langgar. 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai kumpulan
eksperimen dan 30 orang pelajar sebagai kumpulan kawalan. Dari segi jantina,
kumpulan eksperimen terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki dan 17 orang
pelajar perempuan. Manakala kumpulan kawalan pula terdiri daripada 12 orang
pelajar lelaki dan 18 orang pelajar
perempuan. Keseluruhan responden adalah berbangsa Melayu.
Jadual 4.2
menunjukkan bilangan pelajar mengikut jantina dalam bentuk peratusan.
Jadual 4.2 Responden
Kajian
|
Kumpulan |
Jantina |
Bilangan |
Peratus % |
|
Eksperimen |
Lelaki |
13 |
21.6% |
|
Perempuan |
17 |
28.3% |
|
|
Kawalan |
Lelaki |
12 |
20.0% |
|
Perempuan |
18 |
30% |
|
|
Jumlah |
|
60 |
100% |
Peratus bilangan pelajar mengikut
jantina bagi kedua-dua kumpulan adalah hampir sama iaitu bagi kumpulan
eksperimen jumlah pelajar lelaki 21.6% dan pelajar perempuan 28.3%. Bagi
kumpulan kawalan pula peratus pelajar lelaki adalah rendah (20%) berbanding
pelajar perempuan iaitu 30%.
4.2
Dapatan
Kajian
Analisis data dalam
kajian ini dilakukan terhadap perbandingan prestasi pencapaian pelajar dalam
ujian pra dan ujian pos semasa kajian dibuat terhadap kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen.
4.3
Penilaian
Soalan Kajian
Soalan kajian yang
dibina akan diuji dengan menggunakan ujian-t. Soalan Kajian yang menggunakan
dua pembolehubah akan menggunakan ujian-t berdasarkan nilai-nilai
kebarangkalian dua hujung. Aras keyakinan p yang digunakan dalam kedua-dua
ialah 0.025 di mana sekiranya:
(e) p kiraan
(hasil analisa) lebih kecil daripada 0.025 maka hipotesis kajian ditolak dan
ini bermakna terdapat perbezaan yang min skor antara dua pembolehubah yang
diuji.
(ii) p kiraan
(hasil analisa) lebih besar daripada 0.025 maka hipotesis kajian diterima dan
ini bermakna tidak terdapat perbezaan min skor antara dua pembolehubah yang
diuji.
4.4
Tahap
Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Antara Kumpulan Kawalan dan
Kumpulan Eksperimen
Sebanyak 30
item telah dibina untuk mengesan keberkesanan penggunaan multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bertajuk” Sexual Reproductive system in
flowering Plants” ke atas dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan
eksperimen yang dipilih secara rawak. Data-data yang diperolehi dari ujian pra
dan ujian pos dianalisa secara berasingan bagi tujuan ini.
|
Ujian |
Kumpulan |
Bilangan Pelajar |
Min |
Sisihan Piawai |
Skor Minimum |
Skor Maksimum |
|
Pra |
Eksperimen |
30 |
36.5667 |
8.3859 |
17 |
53 |
|
Kawalan |
30 |
38.600 |
8.1816 |
23 |
53 |
Analisis
statistik deskriptif digunakan dan jadual di atas menunjukkan bahawa min skor
ujian pra bagi kumpulan eksperimen 36.5667 dengan sisihan piawai 8.3859
manakala min skor prestasi kumpulan kawalan ialah 38.600 dengan sisihan piawai
8.1816. Walaupun terdapat perbezaan dari segi skor minimum ujian pra tetapi
nilai skor maksimum adalah sama iaitu 53.
|
Ujian |
Kumpulan |
Bilangan Pelajar |
Min |
Sisihan Piawai |
Skor Minimum |
Skor Maksimum |
|
Pos |
Eksperimen |
30 |
69.5333 |
9.3945 |
60 |
90 |
|
Kawalan |
30 |
45.0333 |
8.4913 |
30 |
67 |
Analisis
statistik deskriptif yang digunakan menunjukkan bahawa min skor ujian pos bagi
kumpulan eksperimen 69.5333 dengan sisihan piawai 9.3945 manakala min skor
prestasi kumpulan kawalan ialah 45.0333 dengan sisihan piawai 8.4913. Terdapat
perbezaan yang ketara dalam skor minimum
dan skor maksimum ujian pos. Nilai skor minimum kumpulan eksperimen 60 dan
kumpulan kawalan ialah 30 manakala skor maksimum bagi kumpulan eksperimen ialah
90, kumpulan kawalan adalah 67.
4.4.1 Pengujian Hipotesis satu
Hipotesis (H01) - Tidak terdapat perbezaan pada min skor dalam ujian pra bagi
tajuk ‘sexual reproductive system of flowering plants’ antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan.
Jadual 4.4.1.1: Tahap
Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen

Dengan menggunakan Prosedur Independent Samples Test
dan merujuk kepada Jadual 4.1didapati bahawa pada nilai t = 0.951 dan nilai
signifikan (2 tailed) ialah 0.346 bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
dimana nilai signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.025 .Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan
min skor dalam ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Maka
hipotesis null, (H01) boleh diterima.
Jadual 4.4.1.2
Statistik Kumpulan

Merujuk pada Jadual 4.4.2 Kumpulan statistik di dapati mempunyai perbezaan dari
nilai minnya tetapi perbezaannya adalah kecil iaitu 36.5667 dan 38.600.
Walaubagaimanapun kita perlu mengabaikan perbezaan min kerana kita telah
menerima hipotesis null. Ini bermakna min bagi ujian pra bagi kedua-dua
kumpulan kawalan dan eksperimen tidak memberi sebarang kesan terhadap prestasi
pelajar.
4.4.2 Pengujian hipotesis 2
Hipotesis (H02) – Tidak terdapat perbezaan min skor di
antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk ‘sexual reproductive system of flowering
plants’ untuk kumpulan kawalan.
Jadual 4.4.2 Perbandingan ujian t secara berpasangan
bagi ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan

Daripada analisa Jadual 4.4.2 di dapati nilai signifikan ialah 0.000 antara ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
kawalan. Nilai ini adalah lebih kecil daripada 0.025, maka dengan ini hipotesis
null di tolak.
4.4.3 Pengujian hipotesis 3
Hipotesis (H03)
- Tidak terdapat perbezaan min skor
di antara ujian pra dan ujian pos bagi tajuk ‘sexual reproductive system
of flowering plants’untuk kumpulan eksperimen.
Jadual 4.4.3 Perbandingan ujian t secara berpasangan
bagi ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen

Daripada analisa Jadual 4.4.3
di dapati nilai signifikan ialah 0.000 antara ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan eksperimen. Nilai ini adalah lebih kecil daripada 0.025, maka dengan
ini hipotesis null di tolak.
4.4.4 Pengujian hipotesis 4
Hipotesis (H04) - Tidak terdapat perbezaan min skor dalam
ujian pos bagi tajuk ‘sexual reproductive
system of flowering plants’ bagi
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Jadual 4.4.4.1 Perbandingan
ujian t secara berpasangan bagi ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan

Rajah 4.4.4.1 menunjukkan bahawa nilai signifikan ujian
pos bagi kumpulan kawalan dan eksperimen adalah lebih kecil daripada 0.025. Ini
bermakna hipotesis null ditolak walaupun dari segi perbezaan min skornya adalah
sama.
Jadual 4.4.4.2
Statistik Kumpulan

Untuk melihat dari segi peningkatan markah maka
kita perlu merujuk kepada Jadual 4.4.4.2. Nilai min bagi ujian pos kumpulan
eksperimen adalah lebih besar (69.5333) daripada nilai min ujian pos kumpulan kawalan (45.0333). Jika fenomena
ini berlaku, ini membuktikan bahawa ujudnya peningkatan markah antara kedua-dua
kumpulan. Peningkatan markah bagi kumpulan adalah lebih tinggi berbanding
dengan peningkatan bagi kumpulan kawalan kerana kumpulan eksperimen telah
didedahkan dengan bentuk pembelajaran yang lebih efektif iaitu menggunakan
alatan multimedia. Manakala kumpulan kawalan meningkat lebih sedikit kerana
4.5
Ringkasan
Analisis data
menunjukkan terdapat keberkesanan atau pencapaian yang positif dengan
menggunakan multimedia sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berbanding
dengan kaedah tradisional ’chalk and talk’. Kaedah ini juga menunjukkan bahawa
penggunaan alat multimedia dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran sains.
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1
Pengenalan
Bab ini akan
membincangkan tentang
keputusan yang telah dibentangkan dalam bab empat. Perbincangan akan meliputi
perbandingan di antara keputusan-keputusan kajian dan faktor-faktor yang
mungkin membawa kepada keputusan sedemikian serta cadangan kajian lanjutan
berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat
multimedia. Aspek yang akan dibincangkan ialah tentang dapatan kajian
dan kesan dapatan kajian.
5.2
Perbincangan
Daripada keputusan analisis yang
diperolehi terdapat perbezaan pencapaian yang ketara antara kumpulan pelajar
yang hanya di ajar secara chalk and talk berbanding dengan kumpulan pelajar
yang diajar menggunakan alat multimedia. Ini kerana penggunaan multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru mampu menerangkan konsep-konsep
yang sukar yang memerlukan bantuan grafik, animasi dan simulasi.
Semasa menjalankan kajian tentang
penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk
sexual reproductive system of flowering plants, guru telah membuat ujian pra
dan pos bagi membuktikan keberkesanan penggunaan multimedia. Hasil kajian
mendapati terdapat peningkatan markah min dalam ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan eksperimen. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia telah
berjaya meningkatkan kefahaman pelajar berbanding dengan kaedah pengajaran
tradisional.
Menurut Meyer (2003), Penggunaan alatan
multimedia adalah perkara biasa dalam kurikulum persekolahan sekarang. Banyak
kajian mengatakan multimedia telah berjaya memberikan kesan positif di dalam
pembelajaran. Pelajar dikatakan dapat memberi tumpuan dan pencapaian market
yang amat membanggakan.
Heinich
(1993) menyatakan bahawa multimedia dapat memperkayakan teknik
pengajaran. Ia juga berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pembelajaran yang
banyak. Kemampuan alat multimedia berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru
menerapkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik
5.3
Rumusan
Berdasarkan
perbincangan di atas, di dapati bahawa
aktiviti yang menggunakan alat dan bahan multimedia sebagai platform dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan yang psitif serta
meningkatkan motivasi pelajar. Justeru, penggunaan bahan mutimedia yang dibina
berlandaskan aplikasi teori dan model perlulah diberi perhatian oleh pendidik
5.4
Cadangan
Berdasarkan dapatan
kajian ini, adalah dicadangkan supaya perkara-perkara berikut diberi perhatian
dan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Sains
dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah sekaligus dapat meningkatkan prestasi
pelajar. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:
a)
Pelajar perlu diberi peluang melibatkan diri secara aktif
dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
b)
Penggunaan
multimedia mestilah dipergiatkan agar dasar pendidikan negara kita adalah
seiring dengan negara berdaya maju yang lain.
c)
Kajian ini juga boleh dibuat dengan lebih terperinci
iaitu dengan melibatkan tinjauan terhadap lebih ramai sampel dari latarbelakang
yang berbeza seperti sosio-ekonomi, jantina, pelajar bandar dan luar bandar.
Diharap dengan
kajian-kajian yang dijalankan ini, sistem pendidikan di Malaysia akan terus
berkembang maju di masa akan datang. Rentetan dari kajian ini juga diharapkan
mampu menjadi perintis kepada kajian yang lain seperti kajian menggunakan
multimedia interaktif ataupun kajian tentang keberkesanan penggunaan perisian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan demikian juga kajian ini
dapat membantu Pihak Kementerian Pelajaran untuk mengorak langkah dan mengambil
tindakan menambahkan peralatan mutimedia seperti komputer, LCD, komputer riba
dan pelbagai perisian yang sesuai dengan sukatan pelajaran untuk subjek-subjek
lain.
RUJUKAN
LAMPIRAN
1
Sekolah
Menengah Kebangsaan Langgar
06500 Alor
Star
Kedah.
ANALISA MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS
PELAJAR 2 BESTARI TAHUN 2006
KUMPULAN EKSPERIMEN
|
Bil |
Nama Pelajar (Kumpulan Eksperimen) |
Ujian Pra |
Peratus Ujian Pra |
Ujian Pos |
Peratus Ujian Pos |
Markah Peningkatan |
|
1 |
Responden
1 |
10 |
33 |
19 |
63 |
9 |
|
2 |
Responden
2 |
11 |
36 |
18 |
60 |
7 |
|
3 |
Responden
3 |
12 |
40 |
18 |
60 |
6 |
|
4 |
Responden
4 |
10 |
33 |
19 |
63 |
9 |
|
5 |
Responden
5 |
13 |
43 |
21 |
70 |
8 |
|
6 |
Responden
6 |
10 |
33 |
20 |
67 |
10 |
|
7 |
Responden
7 |
13 |
43 |
18 |
60 |
5 |
|
8 |
Responden
8 |
16 |
53 |
22 |
73 |
6 |
|
9 |
Responden
9 |
13 |
43 |
21 |
70 |
8 |
|
10 |
Responden
10 |
14 |
46 |
21 |
70 |
7 |
|
11 |
Responden
11 |
12 |
40 |
21 |
70 |
9 |
|
12 |
Responden
12 |
8 |
26 |
20 |
67 |
12 |
|
13 |
Responden
13 |
12 |
40 |
24 |
80 |
12 |
|
14 |
Responden
14 |
11 |
36 |
24 |
80 |
13 |
|
15 |
Responden
14 |
10 |
33 |
26 |
87 |
16 |
|
16 |
Responden
16 |
10 |
33 |
27 |
90 |
17 |
|
17 |
Responden
17 |
7 |
23 |
18 |
60 |
11 |
|
18 |
Responden
18 |
12 |
40 |
25 |
83 |
13 |
|
19 |
Responden
19 |
12 |
40 |
26 |
87 |
14 |
|
20 |
Responden
20 |
8 |
26 |
19 |
63 |
11 |
|
21 |
Responden
21 |
13 |
43 |
21 |
70 |
8 |
|
22 |
Responden
22 |
10 |
33 |
18 |
60 |
8 |
|
Bil |
Nama Pelajar (Kumpulan Eksperimen) |
Ujian Pra |
Peratus Ujian pra |
Ujian Pos |
Peratus Ujian Pos |
Markah Peningkatan |
|
23 |
Responden
23 |
7 |
23 |
18 |
60 |
11 |
|
24 |
Responden
24 |
14 |
47 |
20 |
67 |
6 |
|
25 |
Responden
25 |
12 |
40 |
22 |
73 |
10 |
|
26 |
Responden
26 |
12 |
40 |
25 |
83 |
13 |
|
27 |
Responden
27 |
11 |
37 |
18 |
60 |
7 |
|
28 |
Responden
28 |
5 |
17 |
19 |
63 |
14 |
|
29 |
Responden
29 |
15 |
50 |
20 |
67 |
12 |
|
30 |
Responden
30 |
8 |
27 |
18 |
60 |
10 |
LAMPIRAN
2
ANALISA MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS
PELAJAR 2 CERIA TAHUN 2006
KUMPULAN KAWALAN
|
Bil |
Nama Pelajar (Kumpulan Kawalan) |
Ujian Pra |
Peratus
Ujian Pra |
Ujian Pos |
Peratus Ujian Pos |
Markah Peningkatan |
|
1 |
Responden
1 |
11 |
37 |
11 |
37 |
0 |
|
2 |
Responden
2 |
11 |
37 |
13 |
43 |
2 |
|
3 |
Responden
3 |
14 |
47 |
15 |
50 |
1 |
|
4 |
Responden
4 |
12 |
40 |
15 |
50 |
3 |
|
5 |
Responden
5 |
11 |
37 |
13 |
43 |
2 |
|
6 |
Responden
6 |
11 |
37 |
13 |
43 |
2 |
|
7 |
Responden
7 |
10 |
33 |
13 |
43 |
3 |
|
8 |
Responden
8 |
15 |
50 |
15 |
50 |
0 |
|
9 |
Responden
9 |
8 |
27 |
11 |
37 |
3 |
|
10 |
Responden
10 |
11 |
37 |
14 |
47 |
3 |
|
11 |
Responden
11 |
12 |
40 |
12 |
40 |
0 |
|
12 |
Responden
12 |
8 |
27 |
10 |
33 |
2 |
|
13 |
Responden
13 |
12 |
40 |
13 |
43 |
1 |
|
14 |
Responden
14 |
12 |
40 |
15 |
50 |
3 |
|
15 |
Responden
14 |
14 |
47 |
16 |
53 |
2 |
|
16 |
Responden
16 |
12 |
40 |
15 |
50 |
3 |
|
17 |
Responden
17 |
9 |
30 |
9 |
30 |
0 |
|
18 |
Responden
18 |
15 |
50 |
16 |
53 |
1 |
|
19 |
Responden
19 |
13 |
43 |
15 |
50 |
2 |
|
20 |
Responden
20 |
13 |
43 |
15 |
50 |
2 |
|
21 |
Responden
21 |
7 |
23 |
10 |
33 |
3 |
|
22 |
Responden
22 |
16 |
53 |
20 |
67 |
4 |
|
Bil |
Nama Pelajar (Kumpulan Kawalan) |
Ujian Pra |
Peratus Ujian Pra |
Ujian Pos |
Peratus Ujian Pos |
Markah peningkatan |
|
23 |
Responden
23 |
16 |
53 |
16 |
53 |
0 |
|
24 |
Responden
24 |
8 |
27 |
10 |
33 |
2 |
|
25 |
Responden
25 |
8 |
27 |
10 |
33 |
2 |
|
26 |
Responden
26 |
13 |
43 |
17 |
57 |
4 |
|
27 |
Responden
27 |
8 |
27 |
11 |
37 |
3 |
|
28 |
Responden
28 |
12 |
40 |
13 |
43 |
1 |
|
29 |
Responden
29 |
12 |
40 |
15 |
50 |
3 |
|
30 |
Responden
30 |
13 |
43 |
15 |
50 |
2 |
LAMPIRAN
3
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
1. Nama :
2. Tingkatan :
3. Jantina :
4. Umur :
5. No. Kad
Pengenalan :
6. Alamat :
7. No. Telefon :
8. Nama
Waris/Penjaga :
9. Pekerjaan
Waris :
10. Bilangan
adik-beradik :
11. Bilangan
Betul Ujian Pra Kajian :
12. Bilangan
Betul Ujian Pos Kajian :
LAMPIRAN 4
SOALAN
UJIAN PRA
Name :
Form :
Date :
(A)
Tick ( √ ) for the true statement
and ( X ) for the false statement.
(1)
The flower is the sexual reproductive
organ for flowering plant.
(2)
The filament supports the anther.
(3)
Stamen is the female reproductive system.
(4)
There are two type of pollination.
(5)
Self pollination occurs on the different
plants.
(6)
Insect’s one type of the pollinating
agent.
(7)
The male gamete is located in the pollen.
(8)
The fertilization of the male and female
gamete occurs in the ovule
(9)
The ovule develops into a fruit.
(10)
The ovary develops into a fruit.
(11)
The pollen tube grow towards the ovule
(12)
The petals protect the stamen and the
pistil at the bud stage.
(13)
The sepal is red in colour
(14)
The ovary is the part of male reproductive system
(15)
The flowers that pollinated by insects
are brightly colour
(B)
Instructions: Each question is followed
by four answers marked A, B, C and D. Choose the correct answer.
16.
The male
gamete in a flowering plant is produced by the
A.
Seed
B.
Pollen tube
C.
Ovary
D.
Anther
17.
Figure 1
shows a section of an ovary. Which is the ovule ?

18.
The pistil
in a flower is made up of the
1
style
11
stigma
111
filament
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
19.
Which of
the following are the male parts of a flower?
1 Filament
11 Anther
111 Stigma
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
20.
Which of
the following parts of flower is not
associated with reproduction ?
1
Sepal
11
Stamen
111
Petal
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
21.
The male
reproductive system of a plant is found in the
A.
Stamen
B.
Stigma
C.
Petal
D.
Sepal
22.
Figure 2
shows a section a flower

Which
of the following is the function of Z ?
A.
To
protect the flower while in the bud
stage
B.
To attract
insects.
C.
To support
the anther
D.
To connect
the stigma to the ovary.
23.
Which of
the following are agents of pollination ?
1 Wind
11 Water
111 Insects
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
24.
Figure 3
shows a longitudinal section of a flower
What is X
A. Anther B. Stigma C. Style D. Ovule

25.
Where does
fertilisation occur in a flower?
A.
On the
stigma
B.
In the
ovary
C.
In the
pollen tube
D.
In the seed
26.
Cross
pollination is the transfer of pollen grain from a flower to
A.
The stigma
of the same flower.
B.
The stigma
of a different flower from the same
plant.
C.
The stigma
of a flower of a different plant of the
same species.
D.
The stigma
of a flower of a different species.
27.
Which of
the following best explains the meaning of pollination?
A.
The fusion
of the male gamete with the female gamete.
B.
The
transfer of pollen grain to the stigma.
C.
The movement
of the male gamete to the ovule.
D.
The
transfer of the ovule to the anther.
28.
Figure 4
shows the two plants A and B from the same species.

![]()
Which of the above shows
self-pollination?
A.
1 and 11
only
B.
11 and 111
only
C.
1 and 111
only
D.
1 only
29.
Which of
the following structures becomes the pericarp after fertilisation
A. Ovary
B. Ovary wall
C. Ovule
D. Integumen
30.
Which of
the following are formed after fertilization?
1 Seed
11 Endosperm
111 Fruit
A. 1
and 11 only
C.
1 and 111
only
D.
11 and 111
only
E.
1, 11 and
111
LAMPIRAN
5
SOALAN
UJIAN POS
Name :
Form :
Date :
(A)
Tick ( √ ) for the true statement
and ( X ) for the false statement.
(1)
The male gamete is located in the pollen.
(2)
There are two type of pollination.
(3)
Insect’s one type of the pollinating
agent.
(4)
Self pollination occurs on the different
plants.
(5)
The ovule develops into a fruit.
(6)
The flower is the sexual reproductive
organ for flowering plant
(7)
Stamen is the female reproductive system.
(8)
The ovary develops into a fruit.
(9)
![]()
The filament supports the anther.
(10)
The
fertilization of the male and female gamete occurs in the ovule
(11)
The pollen tube grow towards the ovule
(12)
The petals protect the stamen and the
pistil at the bud stage.
(13)
The sepal is red in colour
(14)
The ovary is the part of male reproductive system
(15)
The flowers that pollinated by insects
are brightly colour
B.
Instructions: Each questions is followed
by four answers marked A, B, C and D. Choose the correct answer.
16.
The male
gamete in a flowering plant is produced by the
A.
Seed
B.
Pollen tube
C.
Ovary
D.
Anther
17.
Figure 1
shows a section of an ovary. Which is the ovule?

18.
The pistil
in a flower is made up of the
1
style
11
stigma
111
filament
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
19.
Which of
the following are the male parts of a flower?
1 Filament
11 Anther
111 Stigma
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
20.
Which of
the following parts of flower is not
associated with reproduction ?
1
Sepal
11
Stamen
111
Petal
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
21.
The male
reproductive system of a plant is found in the
A.
Stamen
B.
Stigma
C.
Petal
D.
Sepal
22.
Figure 2
shows a section a flower

Which
of the following is the function of Z ?
A.
To
protect the flower while in the bud
stage
B.
To attract
insects.
C.
To support
the anther
D.
To connect
the stigma to the ovary.
23.
Which of
the following are agents of pollination?
1 Wind
11 Water
111 Insects
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1,11 and
111
24.
Figure 3
shows a longitudinal section of a flower.
What is X
A. Anther B. Stigma C. Style D. Ovule

E.
Where does
fertilisation occur in a flower?
A.
On the
stigma
B.
In the
ovary
C.
In the
pollen tube
D.
In the seed
26.
Cross
pollination is the transfer of pollen grain from a flower to
A.
the stigma
of the same flower.
B.
the stigma
of a different flower from the same
plant.
C.
the stigma
of a flower of a different plant of the
same species.
D.
the stigma
of a flower of a different species.
27.
Which of
the following best explains the meaning of pollination?
A.
The fusion
of the male gamete with the female gamete.
B.
The
transfer of pollen grain to the stigma.
C.
The
movement of the male gamete to the ovule.
D.
The
transfer of the ovule to the anther.
28.
Figure 4
shows the two plants A and B from the same species.

![]()
Which of the above shows
self-pollination?
A.
1 and 11
only
B.
11 and 111
only
C.
1 and 111
only
D.
1 only
29.
Which of
the following structures becomes the pericarp after fertilisation
A. Ovary
B. Ovary wall
C. Ovule
D. Integumen
30.
Which of
the following are formed after fertilization?
1 Seed
11 Endosperm
111 Fruit
A.
1 and 11
only
B.
1 and 111
only
C.
11 and 111
only
D.
1, 11 and
111
LAMPIRAN 6
T-Test



LAMPIRAN
7
T-Test


LAMPIRAN 8
T-Test


LAMPIRAN 9
T-Test

