PENDAHULUAN
1.0
Pengenalan
Perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh perkembangan sains
luar negara khususnya Britain dan
Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta
sains sahaja.Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan
dibincangkan dalam amali sahaja. Perubahan telah berlaku selepas Rusia telah berjaya melancarkan
setelit buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah
mengejutkan Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan
tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry
Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan
sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses
aktiviti eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM
2004)
Perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum
sains moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish
Integreted Science. Perubahan kurikulum
ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai satu proses.
Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh
pelajar- pelajar di Malaysia tetpi merupakan masalah sejagat. Perbincangan
International Congres on Mathematics Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan
PME (International Group on Psychology of Mathematic Education). Perbincangan
lanjut juga telah dibuat oleh Krantz (1993). Tall (1991), Nesher &
Kilpatrick (1990), Sharma (1989,1990) , Datta & Scarfpin (1983). Penelitian
dan pencarian factor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya
menentukan kejayaan di dalam subjek ini seringa diperbincangkan.
Subjek
sains merupakan pelajaran teras di
sekolah menengah di Malaysia. Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu
matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Salah
tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang
susah dan sukar untuk memahaminya. Ini
kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan,
menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia
teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih
mendalam dan lebih daripada pemerhatian
kita.
Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh
kepada buku teks antara factor yang
dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran
sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan
besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti
pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan
pelajar yang tidak boleh berfikir
secara kritis dan kreatif. (Mohamad Khatim, 2001)Pengajaran dan pembelajaran
sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan
daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan
kefahaman konsep yang lebih tinggi.
Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.
Pendidikan
sains dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain
itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian
turut diberikan dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21 ini, perubahan
dunia dalam semu bidang memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang
baru. Tanpa
sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita
melakukkannya. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan
keseronokan mengajar dan belajar. (Shukor,2001)
Daripada kajian
menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. Oleh itu
untuk mencapai matlamat wawasan 2020 guru mestilah mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran.Guru perlulah meningkatkan ilmu pengatahuan sejajar
dengan perkembangan semasa. Ini penting agar guru lebih yakin dalam pengajaran
dan ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman.
Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat
menjalankan tugas- tugas rutinnya dengan baik,
Oleh yang demikian guru terpaksa menambahkan ilmunya sepanjang masa
(Omardin Ashaari 1999)
1.1 Latar Belakang Kajian.
Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan melalui KBSR
dan KBSM mempunyai matlamat membina masyarakat saintifik yang progresif. Sesuai
dengan sifat sains sebagai satu proses, penekanan kepada kaedah pengajaran
sains adalah sangat penting. Matapelajaran sains merangkumi Sains Teras, Kimia,
Fizik, Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang
sesuai samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. Mengajar sains adalah
seperti mengajar mengenai sesuatu yag
wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingin tahu lebih – lebih
lagi terhadap apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Perasaan inilah yang
menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan
inkuiri ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan.
Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains.
Bertolak daripada perasaan inilah, sains berkembang pesat. Ini jugalah strategi
yang perlu diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang
diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Hasil kajian
menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding
pedekatan tradisional yang berpusatkan guru.
Brunner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan
satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat
membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental
(struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan
pembentukan pengalaman dan membolehkan individu ‘melangkau melebihi maklumat
yang diberikan (Beyond the information
given) Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan
pembelajaran penemuan (Discovery Learning)
Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang
dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum
ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri
penemuan di ketengahkan bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
Jika sistem pendidikan dahulu dan sekarang dapat
digabungkan kerjaya akan menjadi lebih baik, disamping menambahkan lagi kaedah- kaedah pengajaran
yang terkini agar ia dapat diserap kedalam system pendidikan sekarang. (Nik Azis Nik Pa, 1992).
Pembelajaran amali berupaya membantu
pelajar membina pengetahuan sendiri. Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hans-on dan minds- on telah disepadukan. Kaedah ini
juga dapat membantu pendidik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang
analitik, kritis , inovatif dan kreatif.Selain itu , tugasan amali juga
biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakan perasaan positif serta
saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri dan menurut kajian
, ini menunjukan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial
dan psikologi pelajar.
1.2
Pernyataan Masalah
Setelah KBSM berusia
lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut
, pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan
kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa
1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah
pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang
menekankan kaedah hafalan. Aspek
lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang
sewajarnya dan sehingga kini masih
ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Kaedah ini dikatakan
lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih
menekankan pembelajaran yang boleh
meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang
hayat. Oleh itu kaedah “Chalk and Talk” digunakan kerana ia lebih menjimat masa
dan peralatan tidak diperlukan.
Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat
terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih
terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan
mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guru-guru
yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM.
Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan
cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains
menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994). Murid-murid lebih banyak
menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa
mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993).
Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat
tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains (Tengku Zawawi
1997). Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar
( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang
berminat subjek sains adalah kerana tanggapan yang negatif terhadap subjek itu
sendiri. Pelajar menyatakan bahawa
subjek sains adalah satu subjek yang sangat susah. Tanggapan ini dibuat adalah
berdasarkan kegagalan generasi terdahulu. Kini dengan adanya kaedah inkuiri,
salah tanggapan itu dapat diperbetulkan. Tanggapan ini tidak boleh diterima
lagi memandangkan subjek sains adalah berpusatkan pelajar dan seperti yang
diketahui banyak kajian yang menyatakn pembelajaran yang berpusatkan pelajar
boleh menghasilkan pemahaman yang lebih baik dan pencapaian yang memuaskan.
Oleh kerana pendekatan lama kurang memberi kesan maka guru perlu menggunakan
pelbagai kaedah yang boleh menarik minat pelajar.
Dalam beberapa kajian, menunjukan bahawa matlamat kumpulan
dan individu memberi impak yang positif terhadap pencapaian mereka. Kaedah
pembelajaran inkuiri yang melibat secara langsung individu dalam aktiviti atau eksperimen sains akan
mempertingkatkan keyakinan diri, menggalakan integrasi kumpulan dan membina
perasaan positif diri dalam pembelajaran.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sekolah-sekolah menunjukan
para pelajar tidak didedahkan dengan kaedah pembelajaran inkuri yang sebenar,
kajian untuk menilai kesan pembelajaran inkuiri di sekolah amat sesuai
dilaksanakan untuk melihat perubahan pencapaian pelajar di sekolah selepas
perlaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri.
1.3
Kerangka konseptual
1.4
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini ialah
untuk menentukan sama ada penggunaan kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam
pembelajara Sains Tingkatan satu dapat :
1.
Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar secara signifikan berbanding
dengan kaedah tradisional
2.
Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tanpa mengira jantina berbanding
dengan kaedah tradisional
3.
Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan
yang berbeza berbanding dengan kaedah tradisional
4.
Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam topic pengembangan haba pembelajaran
inkuiri penemuan berbanding
dengan kaedah tradisional
1.4
Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada
pernyataan masalah dan tujuan kajian, pengkaji telah mengenalpasti beberapa
persoalan kajian antaranya :
1.
Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran
pengembangan haba tingkatan satu menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri
berbanding kaedah tradisional.
2.
Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam
pembelajaran
pengembangan haba tingkatan satu
tanpa mengikut jantina menggunakan kaedah
pembelajaran Inkuiri berbanding
dengan kaedah tradisional.
3.
Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran
pengembangan haba tingkatan satu
di kalangan pelajar yang mempunyai tahap
kecerdasan yang beza menggunakan kaedah Pembelajaran
Inkuiri berbanding
kaedah tradisional.
4. Bolehkah mereka berfikir pada tahap
yang tinggi menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri untuk menyelesaikan
masalah.
5.
Sejauh manakah kaedah Pemebelajaran Inkuiri berbanding dengan kaedah
tradisional dapat memberi ransangan pembelajaran dan meningkatkan motivasi
pelajar yang terlibat.
1.5
Hipotesis Kajian
Berdasarkan persoalan
kajian, beberapa hipotesis kajian turut diuji :
Ho. 1 : Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di
antara pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding dengan
kaedah tradisional.
Ho 2 : Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar
tanpa mengira jantina yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding
kaedah tradisional
Ho 3 : Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di
antara pelajar kecerdasan rendah yang
mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional
Ho 4 : Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di
antara pelajar kecerdasan sederhana
yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional
Ho. 5 : Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di
antara pelajar kecerdasan tinggi yang
mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional
1.6
Kepentingan Kajian
Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi
kehendak KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap
pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan
kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir
sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri
dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi peluang dan
pengalaman kepada guru-guru Sains untuk
mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran
Inkuiri.
Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi
pendorong kepada guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah
Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan JPN
akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan
pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran
Sains dan mata pelajaran lain amnya.
Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau
perancang modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan
Pembelajaran Inkuiri.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini meninjau keberkesanan kaedah inkuiri khususnya
amali dalam matapelajaran sains tingkatan satu melalui topic pengembangan haba.
Kajian ini hanya terbatas bagi pelajar dua kelas yang terpilih iaitu seramai 80
pelajar yang terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan.
Kajian ini juga terbatas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana, Jalan
Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.Tempat kajian dipilih berdasarkan kekangan masa
dan pengurusan.
1.8 Definisi Istilah
Meningkatkan : Meninggikan kedudukan, memperhebatkan,
meninggikan ke tahap
yang lebih
tinggi. (
Kamus Dewan Edisi Kedua )
Pencapaian : Prestasi,
apa yang dicapai atau diperolehi. ( Kamus Dewan ).
pencapaian
dalam kajian ini merujuk kepada prestasi atau
yang
diperolehi berdasarkan ujian pra dan pos.
Pelajar Tingkatan Satu :
Pelajar yang belajar dalam tingkatan satu peringkat menengah
rendah.
Kaedah Inkuiri Penemuan :
Salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun
khas
supaya sesuatu yang ditujukan kepda pelajar akan menjadi
cabaran
kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara
lebih
mendalam. ( Mohd.Zamri Sabran, 1994).
1.9 Kesimpulan
Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Inkuri penemuan dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam tajuk “Pengembangan Haba” mata pelajaran Sains KBSM
tingkatan satu. Para pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut
langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih efektif.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu
yang wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih- lebih
lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling mereka. Perasaan inilah yang
menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk
kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa kepada penemuan
demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir perlu
diperkembangkan dalam proses mencari
jawapan ataupun penemuan. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina
pengetahuan atau konstruktif. Konstruktif merujuk bagaimana individu membina
pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan orang.
2.2. Pembelajaran
inkuiri.
Berdasarkan epistemology,
pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar berhubung sifat sains
yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah
yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah
menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu
ramai yang beranggapan bahawa beluncas
(larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi kemudiannya
telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya
telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang
diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas.
Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh
diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang diperolehi
daripada kaedah saintifik (Martin 1985).
Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian
masalah yang disusun khas supaya
sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk
menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri
–penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang
mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang
mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka
lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung
sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk
menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi
ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian,
dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami
sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur.(Martin 1985)
2.3 Tinjauan kajian lepas.
Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan
kepada pengetahuan semasa mereka.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat,
membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental
(struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan
pembentukan pengalaman yang membolehkan individu “melangkau maklumat yang
diberikan” Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan
pembelajaran penemuan.
Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar
membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa
yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi
tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan
objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan
mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah
mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat
meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.
Menurut Zahari (1992) , Jika guru dapat menimbulkan minat
pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka
latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang
fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik
darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994)
Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang
timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila
seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia
belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna
proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek
dan kaedah yang dijalankan.
Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak
yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau
kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh
kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak
balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar.
Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan
yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan
orang yang tidak mempunyai minat.
Kesimpulan
Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang
baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau
tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan
potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Tujuan bab ini adalah
untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan untuk mengumpul
data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini juga
menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat
penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan utuk menentukan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri dalam topic pengembangan haba tingkatan satu
sains.
3.2 Reka bentuk kajian.
Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah
perbandingan skor.
Menurut Majid (1993), penyelidikan deskriptif
bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai.Best
dan Kahn (1998) pula menyatakan bahawa kajian deskripsi dapat menerangkan dan
menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan keadaan atau
perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang
dibangunkan. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan
data dalam usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan
melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna
untuk menilai sikap, maklumat demografi, suasana dan prosedur.
Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos.
Selepas ujian pra pengkaji menyusun semula pelajar agar tahap pencapaiannya
adalah sekata .Pelajar yang mendapat gred A, akan dibahagikan kepada dua
kumpulan satu kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Begitu juga dengan
pelajar gred B, C, D, dan E. Selepas itu kumpulan eksperimen akan diberikan
amali dengan kaedah inkuiri tetapi kumpulan
kawalan akan diajar menggunakan
kaedah biasa yang digunakan oleh guru sebelumnya.Setiap kumpulan akan diajar
tentang topic pengembangan haba. Selepas itu ujian pos
akan dijalankan. Soalan bagi ujian pos adalah sama dengan soalan pra tetapi
susunan soalan telah ditukarkan. Soalan- soalan bagi soalan pra dan pos diambil daripada buku- buku rujukan yang
sedia ada. Graf bar digunakan untuk
membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. Perbandingan skor
diambil kira untuk mengukur tahap kefahaman pelajar.
3.3 Populasi dan sample.
Kajian ini dijalankan keatas 80 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Laksamana, Jalan
Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.Mereka terdiri daripada 40 lelaki dan 40
perempuan. Jumlah sample diambil daripada 2 kelas yang berbeza yang telah
dibahagikan dalam kumpulan selepas ujian pra.
3.4
Instrumen Kajian
Dalam
kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar,
2 kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang maklumat pelajar
mengandungi maklumat tentang latar belakang sample kajian. Maklumat yang
dikehendaki meliputi nama , jantina bangsa dan markah ujian bulan lepas.Kertas
ujian pra dan pos pula mengandungi 20 soalan objektif dan 2 soalan ujikaji yang
mengandungi 4 pilihan jawapan.Susunan soalan bagi ujian pra dan pos akan
diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya. 2 Soalan ujikaji
adalah soalan bercorak struktur yang akan menguji tahap kefahaman pelajar.
3.5 Prosedur Analisis Data
Menurut Majid (1994) Pemprosesan data
merupakan teknik untuk pengumpulan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran
data. Data
yang diperolehi adalah bahan mentah seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu
dan maklumat yang berguna. Data – data yng diperolehi dianalisis menggunakan
perisian ‘Statistical For Social Science’ (SPSS) For Windows Release
10.0.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan .Penganalisis data dibuat
berdasarkan hasil pembelajaran topic pengembangan haba.Statik deskriptif
dilakukan dengan menentukan min dan
peratusan untuk dibuat perbandingan
diantara ujian pra dan ujian pos.. Perbandingan juga dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbadingan ini dimasukan kedalam graf bar
agar lebih jelas lagi.
3.6 Kesimpulan
Akhir sekali , rumusan dibuat oleh pengkaji dengan
menggunakan dapatan yang diperolehi. Bab ini menjelaskan tentang metodologi
yang digunakan untuk membuat kajian termasuklah rekabentuk kajian,populasi dan
sampel , instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data.
Diharapkan data- data yang diperolehi boleh membantu pengkaji bagi menentukan
keberkesanan kaedah inkuiri melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran
dan pembelajaran.